Monday, April 30, 2018

Sudah hilang kah cinta di hati ku?

Sudah hilang kah cinta di hati ku?

Usia, semakin lanjut. Namun, ada yang lebih berusia dari ku sudah bernikah. Malah, ada yang kedua atau ketiga kali. Tapi, aku?

Walau sekali pun tidak pernah?

Mengapa?

Mungkin, tidak ada jodoh. Atau, ako memilih?

Memang, betul. Ada, wanita yang ingin mengenali aku, ingin merapati aku. Tapi, biasalah. Aku menolak. Kurang cantik?

Kurang muda?

Apa lagi kekurangan?

Mungkin aku takut. Pilih, punya pilih, tersalah pilih. Aku memang sering, mencari yang terbaik aku boleh perolehi. Aku tidak suka membuang masa. Walau bagaimana pun, kalau hati tidak suka, apa boleh ku buat?

Tak kan aku harus memaksa diri?

Itulah. Yang aku suka, tak suka. Yang aku tak suka, suka pula. Dulu, punyai kekasih, asyik mahu lari. Bila, tidak ada kekasih, mencari-cari pula. Inilah cerita cintaku di singapura..