Semalam Aku Bermimpi
Razi terbangun dari mimpi nya. Rupanya, dia bermimpi. Dia bermimpi memberi lambaian terakhir dari dalam bus pada Junizah, kekasih nya yang selama 7 tahun. "Ahhh..," Razi mengeluh. "Aku bermimpi, rupanya."
"Hmmm..akan kah ia menjadi kenyataan?" Razi, bangun dan duduk di kerusi menghadap ke arah komputer. Dalam hatinya, Razi tahu. Berapa lama, sanggup si Junizah menunggu untuk dia mengumpul duit, walaupun sekadar untuk masuk meminang? Lagi pula, Junizah sering mengatakan ada orang lain yang ingin masuk meminang. Namun begitu, Junizah pula mahu masih setia pada Razi. Walaupun, Razi suka mengatakan, tiada apa yang kekal lama dalam dunia. "Nothing, lust forever."
Junizah, masih berdegil. Dia telah bersama Razi hampir 7 tahun. Tidak akan sesenang itu dia akan melepaskan Razi. Bukan kerana rupa atau harta wang dolar. Tapi kerana kasih nya dia pada Razi. "Hmmm.." keluh Razi lagi. "Mana lah aku nak cekau duit ni." Sudah bermacam-macam Razi cuba untuk mengumpul duit, tapi susah baginya. Kerja pun tak kekal. Dia, masih mencari-cari diri. Mahu jadi orang yang berjaya. Tapi, apa yang di usahanya semua tak menjadi. "Mungkin kah, ini suratan takdir?"
Razi, kembali ke katilnya dan memeluk bantal sekuat hatinya. "Apalah..nasib nasib." Razi, melelapkan matanya dan bersambung tidurnya...mengharap agar, kali ini, mimpi yang asyik pula.
No comments:
Post a Comment