Monday, September 18, 2017

segala yang ku buat tidak menjadi

haizz..nasib..

Setiap segala apa yang ku buat. Semua nya tidak menjadi. Apakah, nasib ku ini hanya hidup sekadar mengikut arus sungai?

Padahal, aku ada tempat yang ingin aku tujui. Tapi, perjalanan ku sering di halang. Aku cuba dan tetap mencuba. Tapi, segalanya tidak menjadi. Kenapa?

Aku ingin bukti kan, segala usaha aku bukanlah sia-sia semata. Aku ingin menunjuk kan bahawa hidup bukan lah hanya sekadar mengikut satu arah jalan. Malah, berbagai arah jalan nya.

Kerana, bumi itu luas. Dan, rezeki itu kekadang datang dari arah yang tidak kita ketahui. Tapi, sudah sekian lama. Mungkin kah memang sudah takdir hidup ku begini. Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.

Sehingga tinggal aku keseorangan. Aku melangkah pergi, tanpa mengucapkan selamat tinggal. Aku, ingin kan kebahagiaan bagi nya. Sebab, aku fikir, aku tidak boleh menepati janji.

Usia bukan semakin muda. Walau sudah banyak pengorbanan yang sudah di beri kan kepadaku. Dan, aku tak fikir bisa untuk membalas nya. Hanya Tuhan, yang bisa.

Mungkin kah, aku akan menjadi seperti bapak. Kini, tinggal sebatang kara. Kerana, sudah lama bercerai. Pilihan diri nya untuk duduk sendiri. Walau, ku mengerti. Memang enak, kalau duduk sendirian, di rumah sendiri.

Tapi, dia ada anak dan cucu. Sekarang, kerana penyakit kencing manis, dan sudah tua, tidak boleh bekerja lagi. Tapi aku?

Aku masih belum kahwin, dan tidak punya anak. Siapa yang akan menjaga aku, bila sudah tua dan tidak bisa bekerja lagi?

Sebab itu, selagi, aku masih mempunyai kemampuan untuk terus bekerja dan mencari nafkah untuk hari tua. Insya-Allah, akan aku terus kan. Aku harus mencari jalan, agar, diri ku akan terjaga di belakang hari nanti.

No comments:

Post a Comment